Tuesday 16 October 2012

Perdaftaran WRC Malaysia diluluskan

Assalamualaikum
Warga kerja WRC Malaysia.

Pada 15 Oktober 2012, WRC Malaysia telah berjaya didaftarkan.

Dengan kejayaan ini akan memberi semangat baru untuk kita terus meningkatkan usaha kajian dan penyelidikan sebagai satu cara untuk memartabatkan wanita.

Semoga kita terus maju..

-Presiden

Friday 27 April 2012

Mewujudkan Bank Data Hasil Kajian Berkaitan Wanita

WRC diwujudkan dengan tujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak hasil kajian yang telah dilakukan oleh semua peringkat samaada Kertas Penyelidikan, Kertas Projek, Tesis, Disertasi, Jurnal Awam dan Bahan kajian awam agar dapat menyediakan satu Bank Data Kajian. Bank Data Kajian ini bertujuan menjadikan sumber utama bahan rujukan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat amnya dan wanita khususnya.

Penyelidikan dan Kajian merupakan asas utama dalam pembangunan manusia secara empirikal dan boleh dibuktikan berdasarkan statitik dan dapatan yang tepat dan jelas. Segala macam yang berhubung dengan pembangungan mestilah dibuktikan secara fakta dan tidak wajar diambil mudah.

Oleh itu, WRC berhasrat untuk melebarkan kepentingan kajian dalam pembangunan sosial masyarakat dengan mewujudkan Bank Data Kajian ini dan boleh digunapakai oleh semua peringkat kerajaan dan swasta. Dengan adanya Bank Data Kajian ini diharapkan semua keputusan yang dibuat dalam menentukan dasar dan polisi negara dan badan-badan lain dapat dibuat dengan lebih tepat lagi.

Oleh itu, kami menyeru kepada para penyelidik yang budiman agar mengambil kesempatan ini untuk mendaftar sebagai penyelidik bersama Women Research Centre (WRC) dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan dihargai.

Misi pertama WRC bagi tahun 2012, adalah dapat mengumpulkan sebanyak mungkin Hasil Kajian berkaitan dengan wanita. Di akhir Disember ini, pihak WRC merancang untuk mengadakan Majlis Gilang Gemilang sesi penghargaan dan penyampaian sijil serta cenderahati kepada para penyelidik yang telah menyumbangkan Hasil Kajian masing-masing.

Sebarang pertanyaan, pendaftaran sebagai penyelidik dan menghantar bahan kajian bolehlah diemailkan ke:
wrc.centre@gmail.com atau hubungi 0132527421.

Sekian, Selamat Maju Jaya

Thursday 26 April 2012

Pelancaran WRC Malaysia

Assalamualaikum

Women Research Centre telah ditubuhkan pada Jun 2012 dengan hasrat untuk mengumpulkan hasil kajian berkaitan wanita dan mengumpulkan penyelidik dan pengkaji wanita agar dapat bersatu dalam membangunkan wanita.